
Hellahio lovelies...! Apabila Hubby memberitahu yang abangnya bersama keluarga akan datang mengunjungi kami di rumah, saya terus berfikir, kali ini nak masak apa. Abang Mat (abang kepada hubby saya) selalu datang ke rumah saya bawa anak-anak..Kalau mereka datang saya mesti sediakan juadah manisan mulut, selalunya ialah pudding. Harap-harap sampai ke besar nanti mereka akan ingat saya adalah makcik yang suka buat pudding, kan comel tu! Minggu ini saya buat Kiwi and Vitagen Pudding. Kali ke dua saya buat pudding ini. Kali pertama buat pudding ini tak menjadi, pudding saya collapsed. Sedang asyik goyang-goyang manja acuan pudding ini dan terbalikkan ke plate, pudding ini ok, hati saya pun girang lah tapi in a second, pudding ku collapsed! Uwaaa...sedih u know! Walaupun rupa tiada, bila di rasa memag yuuum sangat sebab saya suka VITAGEN!!!! Selalu minum Vitagen macam tak puas hati sebab beberapa kali sedut je habis! Ini makan pudding, setiap suapan rasa Vitegen, suap banyak-banyak kali, banyak-banyak rasa pudding...wah nikmat!Kali kedua saya buat pudding ini, saya kurangkan air supaya tak lembut sangat..Haaa, memang menjadi, alhamdulillah! Resepi pudding ini saya ikut dari sebuah buku masakan bahasa cina/inggeris terbitam One Publisher:
Bahan-bahan
Kiwi
300ml Vitagen
10g agar-agar powder
200g sugar
450ml water
200ml evaporated milk
Cara:
Potong kiwi mengikut kesukaan dan susun di base/keliling acuan pudding
Boil kan air dan dissolve agar-agar powder with sugar.
Bila betul-betul dissolved, masukkan evaporated milk and vitagen
Kacau semua bahan sampai semua sebati dan masukkan ke dalam acuan pudding.
Biarkan beberapa minit di luar dan seterusnya letak ke dalam fridge semalaman (saya buat malam!)
Keesokkan hari, boleh keluarkan pudding dari acuan dan...ENJOY!
KaK Sakinah (biras saya) pula membawa buah tangan dari rumah iaitu Caramel Pudding..Kami memang suka bertukar juadah, masingmasing memang enjoy makan-makan! Caramel Pudding Kak Sakinah memang yummo, style pudding jepun!! Anak-anak kak Sakinah, Hana chan dan Azu Kun seronok makan mee hoon yang saya masakkan dan juga pudding vitagen kiwi..Mereka makan sambil menonton Dragon Ball dan Kamen Rider. Selesai makan, Sophie bermain bersama-sama Hana Chan dan Azu Kun...Sepupu bertiga ni memang baik, main bersama-sama dan berkongsi toys! Sukalah Sophie hari ini ada teman bermain!
Mereka ternampak crayon Sophie di atas desk dan meminta kebenaran saya untuk melukis. Tersenyum saya melihat telatah mereka, tak sangka aktiviti melukis ni buat mereka diam dan fokus dengan lukisan mereka. Kalau tidak, mereka ni riuh! Habis melukis, Azu Kun tunjukkan lukisan nya kepada saya. Ada 3 orang lidi yang comel sedang melompat-lompat atas rumput iaitu Azu Kun, Hana Chan dan Sophie Chan!!!
Hana chan pula lukis gambar butterfly dan sekuntum bunga...Saya puji lukisan mereka ni cantik sangat, terus mereka berlari tunjuk kepada papa dan mama mereka yang berada di living room. Kak Sakinah terus simpan kertas lukisan elok-elok ke dalam bag, pasti di rumah mereka nanti Kak Sakinah akan failkan lukisan anak-anaknya (^__^)
 |
| Ini plush dog hana chan.Tak tahu apa namanya tetapi Hana chan suka berkepit dengannya! |
Selepas melukis, mereka berenang ke pool pula..Rasa macam nak bawa Sophie berenang takut air kat pool tu bersih ke tidak..Nnati Sophie gatal-gatal kot? Hmm, entahlah, saya tak berani lagi so saya biarkan mereka berenang dan saya lounging bersama Sophie...Budak-budak, bila berkunjung ke rumah orang dan rasa selesa, mesti tak nak balik. Lagi ada kawan bermain, mesti rasa berat nak pulang. Haaa..si Azu Kun sampai menangis tak nak balik rumah. Dah di depann lif pun masih jerit tak nak balik, samapi papa dia piat telinga suruh balik. Lucu betul...Begitulah kisah sauara yang datang berkunjung ke rumah. Semuga pertalian ini terus terikat erat!